Monday 27 February 2012

GAMBAR AKTIVITI SEKOLAH 2005-2012














PELAN OPERASI DAN LAPORAN AKTIVITI


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR SUNGAI PETANI
08000 SUNGAI PETANI.
PELAN OPERASI DAN LAPORAN AKTIVITI
Nama Projek
Program Ekspresi Tugasan dalam P&P

Objektif
1.     Pembentangan  hasil tugasan yang diberi oleh pelajar.
2.     Pelajar dapat didedahkan mengenai teknik menulis jawapan yang betul mengikut format SPM dan mengenal pasti kesalahan yang dilakukan.
Tempoh
Januari – Oktober
Kumpulan Sasaran
Semua pelajar Kumpulan Cemerlang, Sederhana dan Lemah 4A3
Guru Terlibat
Puan Haslina binti Hashim
Proses Kerja
1.  Taklimat diberi oleh Ketua Panitia dalam mesyuarat panitia dan penerangan guru kepada para pelajar.

2.  Guru mengenal pasti kumpulan sasaran dan membahagikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan tugasan.

3.  Perbincangan antara Guru Penyelaras mata pelajaran dan guru mata pelajaran tentang tugasan dan hasil tugasan.

4.  Kekerapan. Pelajar melaksanakan program 2 kali seminggu.

5.  Pelaksanaan aktiviti.
-  Pelajar dalam kumpulan berbincang menyediakan hasil tugasan.
-  Pelajar membentang hasil tugasan di dalam kelas.
-  Guru dan pelajar membuat penilaian dan ulasan.
-  Hasil tugasan yang lengkap dan tepat ditaip dan disimpan sebagai     bahan rujukan / BBM panitia dengan sererta.
Kekangan
Masa di dalam kelas terhad dan kemudahan LCD untuk tujuan pembentangan kurang.
Pemantauan
Ketua Panitia dan GKM Bahasa
Penilaian
Keputusan Ujian dan Peperiksaan
Penambahbaikan
Pelajar diberi untuk membuat pembentangan lebih baik.
Menyediakan ganjaran atau insentif kepada pelajar yang dapat menghasilkan tugasan yang baik.
Disediakan oleh:                                                                        Disahkan oleh:

(HASLINA BINTI HASHIM)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR SUNGAI PETANI
08000 SUNGAI PETANI.
PELAN OPERASI DAN LAPORAN AKTIVITI
Nama Projek
Klinik Mata Pelajaran
Objektif
1.     Pelajar dapat mengulang kaji modul-modul latih tubi yang disediakan oleh guru.
2.     Pelajar dapat berbincang dan bertanya sebarang permasalahan dalam pembelajaran dan kemahiran bahasa di dalam atau di luar waktu P&P.
Tempoh
Januari – Oktober
Kumpulan Sasaran
Semua pelajar Kumpulan Cemerlang, Sederhana dan Lemah 4A3
Guru Terlibat
Puan Haslina binti Hashim
Proses Kerja
1.  Taklimat diberi oleh Ketua Panitia dalam mesyuarat panitia dan penerangan guru kepada para pelajar.

2.  Guru mengenal pasti kumpulan sasaran dan membahagikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan tugasan.

3.  Perbincangan antara Guru Penyelaras Mata pelajaran dan guru mata pelajaran tentang penyelesaian masalah pelajar.

4.  Kekerapan. Sepanjang waktu P&P dan waktu persekolahan.

5.  Pelaksanaan aktiviti.
-  Pelajar berjumpa guru semasa waktu P&P dan di luar waktu
   P&P.
Kekangan
Kekangan masa guru dan pelajar untuk berjumpa dan berbincang masalah.
Pemantauan
Ketua Panitia dan GKM Bahasa
Penilaian
Keputusan Ujian dan Peperiksaan
Penambahbaikan
Galakan kepada pelajar untuk berjumpa dan berbincang bersama-sama guru.

Disediakan oleh:                                                                        Disahkan oleh:


(HASLINA BINTI HASHIM)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR SUNGAI PETANI
08000 SUNGAI PETANI.
PELAN OPERASI DAN LAPORAN AKTIVITI
Nama Projek
Latih Tubi Terancang

Objektif
1.     Pelajar dapat mengulang kaji modul-modul latih tubi yang disediakan oleh guru.
2.     Pelajar dapat mengenal pasti bentuk soalan,penguasaan kemahiran bahasa , kelemahan kendiri dan cara mengatasi.
Tempoh
Januari – Oktober
Kumpulan Sasaran
Semua pelajar Kumpulan Cemerlang, Sederhana dan Lemah 4A3
Guru Terlibat
Puan Haslina binti Hashim
Proses Kerja
1.  Taklimat diberi oleh Ketua Panitia dalam mesyuarat panitia dan penerangan guru kepada para pelajar.

2.  Guru mengenal pasti kumpulan sasaran dan membahagikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan tugasan.

3.  Perbincangan antara Guru Penyelaras Mata pelajaran dan guru mata pelajaran tentang penghasilan modul.

4.  Kekerapan. Sepanjang waktu P&P.

5.  Pelaksanaan aktiviti.
-  Pelajar menjawab soalan sepanjang waktu P&P dan di luar waktu
   P&P. 
Kekangan
Masa di dalam kelas terhad untuk menyelesaikan permasalahan pelajar.
Pemantauan
Ketua Panitia dan GKM Bahasa
Penilaian
Keputusan Ujian dan Peperiksaan
Penambahbaikan
Galakan kepada pelajar untuk membuat ulang kaji dan berbincang bersama-sama rakan dan guru.

Disediakan oleh:                                                                        Disahkan oleh:



(HASLINA BINTI HASHIM)

POST MORTEM PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2011



POST MORTEM PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2011
Mata Pelajaran : Bahasa Tamil
Perbandingan Pencapaian Peperiksaan SPM 2010, Peperiksaan Percubaan 2010, Percubaan 2011 dan ETR

PEP

JU
M
TH
A+
A
A-
B+
B
C+
C
D
E
G
LULUS
GP
Bil
%
Bil
%
Bil
%
Bil
%
Bil
%
Bil
%
Bil
%
Bil
%
Bil
%
Bil
%
Bil
%
2010

33
4
0
0
0
0
2
6.9
2
6.9
1
3.4
5
17.2
2
6.9
3
10.3
0
0
14
48.3
15
51.7
6.83
SPM
2010

31
0
0
0
0
0
2
6.5
1
3.2
5
18.1
6
19.4
2
6.5
2
6.5
5
16.1
8
25.8
23
74.2
6.29
PER
2011

38
0
1
2.6
3
7.9
4
10.5
6
15.8
3
7.9
4
10.5
1
2.6
4
10.5
2
5.3
10
26.3
28
73.7
5.29
ETR

38
0
5
13.2
1
2.63
5
13.2
9
23.6
6
15.8
7
18.4
5
13.2
0
0
0
0
0
0
38
100
3.34





1.       ULASAN KEPUTUSAN
Pada keseluruhannya, pencapaian mata pelajaran Bahasa Tamil dalam Percubaan Peperiksaan SPM 2010 telah mengalami peningkatan yang baik sebanyak 22.5% iaitu daripada 51.7 kepada 74.2.  pada tahun 2010. Tetapi ia mengalami penurunan sedikit sebanyak 0.5% bagi Percubaan SPM 2011. Walaupun mengalami penurunan 0.5% tapi dari segi kualiti ia mengalami peningkatan kerana bilangan pelajar yang mendapat A+,A, A- dan B+ mengalami peningkatan dalam bilangan pelajar dan begitu juga dengan bilangan pelajar lulus.Namun ia  gagal mencapai target yang diunjurkan (100%). Usaha yang gigih dan berterusan diperlukan untuk meningkatkan prestasi Bahasa Tamil  dari segi kuantiti atau kualiti.




2.    KEKUATAN

2.1  Dari aspek pentadbiran:
Pihak pentadbiran sentiasa memberi sokongan yang sepenuhnya dengan memberi peluang menjalankan aktiviti yang dirancang tanpa sebarang halangan. Selain itu, memberi peluang untuk photostat bahan P&P untuk latihan pelajar tanpa menjemu.

2.2  Dari aspek guru:

     2.2.1Dapat menyampaikan pengajaran mengikut format yang betul serta memberi panduan kepada pelajar setiap masa    
             ujian bulanan dan penggal.

    2.2.2Guru telah menyediakan bahan photostat P & P berformat yang betul dan bermutu untuk mendedahkan pelajar
            dengan teknik menjawab soalan yang tepat.

2.3  Dari aspek prasarana:

Sekolah yang memang lengkap dengan kemudahan dan selalu digunakan semasa diperlukan tanpa sebarang masalah.

2.4  Dari aspek pelajar:

2.4.1      Pelajar kelas 5s1,5s2,5a1,5a4 telah menunjukkan minat dan sentiasa membuat kerja yang diberikan.
2.4.2      Pelajar sanggup menerima teguran guru dan membetulkan kesalahan untuk memajukan diri masing-masing.

2.5  Program Peningkatan Prestasi

Panitia telah mengajurkan Ceramah Teknik Menjawab pada 27 julai 2011 oleh pemeriksa kertas .

3.    KELEMAHAN

3.1  Dari aspek pentadbiran
Penyusunan jadual waktu Bahasa Tamil dimana ikut sistem  1 + 2 , yakni satu masa P & P dalam jadual waktu dan 2 masa P & P di luar jadual waktu melemahkan semangat pelajar kerana mereka berasa letih selepas waktu persekolahan yang terpaksa meneruskan pelajaran Bahasa Tamil dari pukul 2-4 petang. Selain itu, kedatangan pelajar ke kelas ini tidak memuaskan atas pelbagai alasan di mana ada alasan pengangkutan, tusyen, ibu bapa takut anak-anak mengambil keputusan untuk merayau-rayau dsb.

3.2  Dari aspek guru

Guru menghadapi masalah pengawalan kelas kerana kebanyakkan kelas gabungan , pelajar yang tidak mengambil Bahasa Tamil melebihi pelajar pelajar yang mengambil.Oleh itu, pelajar-pelajar menganggu proses p&p terutamanya kelas gabungan 5A6,A7,A8.
           
3.3  Dari aspek prasarana

Guru menghadapi masalah untuk mendapatkan kelas yang tetap bagi mengadakan kelas luar jadual. Ini disebabkan oleh kebanyakkan kelas yang diguna waktu pagi mengunci kelas atau guru lain menggunakanya serta pelajar membuat ulangkaji atau perbincangan dalam kelas.

3.4  Dari aspek pelajar
            3.4.1Sikap malas dan tidak berminat telah mengakibatkan mereka tidak berusaha untuk memperbaiki keputusan mereka. 
            3.4.2 Pelajar lemah dalam kertas 1 bahagian D – ringkasan yang memberi 20 markah. Walaupun teknik menjawab diberitahu
                     namun sikap tidak ingin mencuba dan tidak serius serta malas untuk menulis menyebabkan kehilangan markah yang
                    banyak.

3.4.3    Selain itu, pelajar –pelajar kelas belakang contohnya 5A6 hingga 5A8 70% pelajar langsung tidak mahu mencuba untuk menulis karangan terbuka yang dikehendaki menulis 250 pp di mana membawa 70 markah  walaupun 5 tajuk pilihan diberi. Ini memberi impak yang teruk untuk lulus.



Disediakan oleh:


(NIRMALA A/P RAMAKRISHNAN)